Thursday, July 28, 2011

ringkasan tafsir al-kahfi: 17&18

Perkongsian tafsir al-kahfi:17-18 oleh ustaz hasrizal di surau an-nur semalam. MashaAllah, he's a very interesting man! Ramai sangat yg dtg dengar kuliah maghrib smlm berbeza dgn hari2 lain oleh ustaz2 lain.Moga Allah panjangkan umurnya supaya dpt terus menyampaikan ilmu dan dimanfaatkan oleh orang yg mendengarnya.

17: Mengapa Allah memperincikan gua itu pd Nabi semasa turunnya surah ni? I am sure u know better than me but I still want to share. kisahnya begini: satu hari ada seorang kafir dtg kpd seorang Yahudi mengatakan seorang pemuda bernama Muhammad mengaku dirinya rasul utusan Allah. lantas Yahudi tadi meminta kafir mekah ini menguji baginda rasul dgn 3 soalan- ashabul kahfi, zulkarnain dan roh. lalu Rasulullah menceritakan segala perincian ttg ashabul kahfi dan zulkarnain dgn izin Allah seperti yg diwahyukan pd Baginda. manakala soal roh Rasulullah tdk dpt menjawab nya seperti 2 kisah td. Baginda berkata, sesungguhnya roh itu urusan Allah, aku tdk mengetahuinya. kesimpulan di sini- jadi sesiapa yg berkata dia tahu segala-galanya itu adlah pembohong/pendusta kerana semua ilmu itu dipegang oleh Allah.

18: Orang yg berjuang di jalan Allah tidak pernah sunyi/keseorangan kerana Allah akan sentiasa mengerahkan seluruh alam untuk membantunya. reflect semula kisah ashabul kahfi. pemuda2 beriman yg dilindungi Allah melalui tentera2nya. siapa tentera itu? ia dtg dlm pelbagai keadaan: tidur dengan mata yg terbuka itu tentera Allah, dibalik2an seperti fitrah manusia tidur satu bantuan, sesiapa yg memandang mereka akan gentar itu tentera Allah, anjing di hdpn gua juga tentera/ bantuan Allah. Jadi, jgn futur (putus asa/kecewa) dlm menegakkan yg haq.

p/s: mengikut kata ustaz hasrizal, ada bnyk negara yg mengaku di tmpt mereka berlaku kisah the 7 sleepers tu- Jordan, syria, turki, sepanyol. yg plg dkt dgn perincian yg Allah berikan adlah di Jordan. Wallahualam..