Anak ibarat kain putih tika dia dilahirkan. ibu bapa adalah di antara manusia terawal yang akan mencorakkannya. Jika dinilai dari sudut seninya, ia cukup subjektif. Tapi jika dilihat dari aspek kemanusiaan, moral, agama dan pendidikan, manusia akan memberi penilaian yg hampir serupa.
Dengan itu, persiapan awal utk mbentuk anak-anak adalah dengan pembentukan diri ibu bapa itu sendiri. Saya bukan lah insan yg pantas utk mbicarakan soal anak-anak dan institusi kekeluargaan, namun hasil pemerhatian saya yg sedikit ini cukup utk mendorong saya utk menulis ttg nya.
Acap kali kita mengatakan yg kita ini anak merdeka. Merdeka kah kita? Atau sebenarnya kita masih lagi dijajah? Kesedaran kita mengenai kefahaman agama sering ditolak ke kiri dan ke kanan bagaikan bola yg disepak tp tk nmpk di mana golnya. Tk siapa mahu memegangnya erat2. Tk mahu jadi ustazah atau ustaz katanya. Pengetahuan agama bkn sekadar tahu mengaji, solat, puasa, byr zakat, dan tunaikan haji. Ianya lebih dari itu. Bila berbicara ttg sejarah kegemilangan Islam, brp org yg mampu menceritakan nya kembali dgn penuh bangga dan yakin yg kita akan kembali ke zaman itu semula? Brp ramai yg menjadikan kisah nabi-nabi kita sbg bedtime stories anak-anak setiap mlm? Sedarkah kita bagaimana cara didikan anak2 zaman gemilangnya Islam itu blh kita aplikasikan di kala ini? MashaAllah, hebat sungguh ibu bapa ketika itu. Anak sedari kecil tlh diajar utk mendalami Al-Quran dan menghafaz nya lalu bisa mengeluarkan fatwa seawal umur 20-an dan blh menulis buku-buku ilmiah yg bnyk semasa umur mudanya. Kesemuanya berbalik kepada asas2 pengetahuan dan kefahaman kita. Islam is not only a religion but it is a way of life. Kecintaan terhadap ilmu dan galakan utk mencari ilmu secara lbh mdalam wajib dipupuk sejak kecil. Hanya dgn ilmu manusia mampu beramal dgn perbuatan. Maka terselamatlah ummah inshaAllah.
Teringat saya pd hadis Rasulullah SAW: Akan tiba satu hari bila musuh-musuh menggerumuni ummat Islam sebagaimana semut menggerumuni makanan. Sedangkan pada ketika itu ummat Islam dalam keadaaan yang ramai. Tetapi hanya ibarat buih di lautan. Kerana mereka ketika itu dihinggapi penyakit al-Wahn iaitu cintakan dunia, takutkan kematian.
Nauzubillah..moga kita mengambil pengajaran.
http://www.youtube.com/watch?v=R3LBrfluGCQ