Thursday, July 22, 2010

Apa yang kamu mahu?

Nota ringkas, peringatan untuk penulis. Jika dpt memberi iktibar pada orang lain, alhamdulillah..

1. Sering saja kita dengar orang bertanyakan pendapat, mendengarnya dan menilai dahulu sblm berkata apa2. Itu adabnya. Persoalannya, kenapa kita utarakan soalan pada orang lain? Kerana kita mahukan buah fikiran mereka supaya dapat membuat keputusan yang lebih baik, inshaAllah.
Tapi apa yang berlaku pada kebanyakan masyarakat sekarang secara umumnya mereka bertanya sekadar melepaskan batuk di tangga dalam erti kata lain, saja nak tanya. kenapa saya kata begini? sebab akhirnya mereka hanya nakkan orang bersetuju saja dengan keputusan yang dah memang ada dlm benak mereka. sesuatu yang sukar utk difahami, bukan? kalau begitulah kemahuannya, saya tak nampak di mana pentingnya untuk si polan itu bertanya. noktah.

2. Berbuatlah apa yg kamu perkatakan. (rujuk as-saff:2-3)
Saya suka memerhati masyarakat di sekeliling saya. Diharap dapat dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran dlm hidup ini, inshaAllah. Bila dikongsi bersama mereka yang disayangi lagilah bagus. Semoga bermanfaat buat semua, begitulah doa saya. Kadang2 tanpa kita sedar, kita telah menasihati org lain supaya berbuat baik, tapi kita sendiri tak mengamalkannya. Saya akui ianya sesusatu yang agak menyedihkan. mungkin diri sendiri tak perasan akan kekurangan kita itu. Untuk org lain menegur pula, agak sukar apatah lagi bila diri sendiri sebenarnya bukanlah orang yang mudah menerima pendapat org lain. Moga Allah lembutkan hati ini. Natijahnya, saya cumalah insan biasa, yg tidak lari daripada membuat kesilapan.

3.Teguran
Tegurlah saya dengan teguran yang membina dan bukannya yang membinasakan. Caranya, dengan datang pada saya secara baik dan tunjukkan jalan kepada saya untuk memperbetulkan kesilapan saya. Bukannya menegur dengan nada yg agak keras hingga bisa hinggap ke telinga org lain sampai memalukannya dan tidak memberi apa2 jalan untuk dia perbaiki kesilapannya. Lebih menyedihkan lagi jika dia dibiarkan begitu saja selepas ditegur. Bukanlah manja yang saya rintihkan, sebaliknya saya rasa itulah cara yang terbaik dalam mendidik seseorang secara efektif kerana terkesan di hati mereka.
Allahu alam..

"Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami." ameen.
Doa ashabul kahfi (rujuk al-kahf: 10)

No comments:

Post a Comment