Saturday, May 1, 2010

Cinta di Rumah Hasan Al-Banna


Buku Cinta di Rumah Hasan Al-Banna oleh M. Lili Nur Aulia
Buku ini berkisarkan tentang kehidupan Hasan Al-Banna, seorang hamba Allah yg molek dijadikan ikutan kerana keperibadiannya yg lembut, bersederhana tetapi tegas dlm memartabatkan kesucian Islam di mata dunia. Maka tdk hairanlah sekiranya pendekatan beliau bisa menambat hati masyarakat  pada abad ini. Dalam masa sesingkat 15thn, beliau telah berjaya melebarkan sayap dakwah ke 20 buah negara, masyaAllah. Seperti yg diakui oleh anaknya, Ahmad Saiful Islam bahawa ayahnya adalah pemimpin yg tlh disiapkan oleh Allah :) Namun disebalik kesibukannya, As-syahid masih punya kesempatan utk bersama keluarga dan menjadi contoh tauladan pd seisinya. Itulah yg cuba disampaikan oleh penulis buku tersebut.
Anak2 muda sgt mudah menerima ilmu khususnya melalui pengamatan mereka terhadap perkara sekeliling mereka. Jadi, pembelajaran boleh dikatakan bermula drpd rumah yakni ibu bapa.
Ayah kepada Imam Hasan Al-Banna merupakan tunjang atau tulang belakang di sebalik ketokohannya. Sedari kecil, beliau dididik dan diterap dgn nilai2 disiplin dan keagamaan yg utuh. Ayahnya kerap mengelola majlis2 diskusi di rumah sekaligus melibatkan kedua2 anak lelakinya (Hasan al-Banna & adiknya) dlm majlis seumpama itu. Hujah2 dan perbincangan oleh para ulama yg bertandang didengar dgn teliti dan difikir secara kritis. Bak pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Semangat Hasan yg tinggi dlm berdakwah terbukti sehinggakan beliau terkenal dgn kalimat ' Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kpd janin di perut ibunya'.
Hasil perkahwinan Hasan Al-Banna dgn isteri pilihan ibunya, mereka dikurniakan 6 org anak yg masing2 berjaya dlm bidang mereka. Hasan Al-Banna tdk pernah meninggikan suara ketika mendidik anak2 nya. Mereka diajar dgn penuh hikmah dan kelembutan dan ia amat memberi kesan yg mendalam kpd mereka. Makan bersama adalah saat yg paling bermakna buat mereka sekeluarga. Berkat drpd kasih sayang, perhatian yg tdk berbelah bahagi serta sifat ambil berat terhadap mereka walau sesibuk mana pun beliau, menyebabkan anak2 beliau menghormati dan amat menghargainya. Segala keperluan anak2 nya termasuklah wang belanja, doctor's prescriptions, ubat, nasihat sehingga kpd membawakan bekal anak2 ke sekolah, semuanya disediakan dgn rapi. Kepercayaan terhadap anak2nya yg diterapkan menyumbang kpd sifat bertanggung jawab dan berdikari mereka.
To know more, do read this book and make it as 1 of a MUST to HAVE book in your collection. It is a great book, and can be a guide to those who wanted to get married, or who wanted to improve in their marriage life. Semoga Allah merahmatinya dan semua umat Islam di muka bumi ini.
Sesungguhnya nilai hidup ini ada pada keimanan.
Wallahualam .

1 comment: